JIWA KACAU
JIWA KACAU selalunya disifatkan sebagai satu penyakit iaitu GILA.Tapi tidak semua jiwa kacau adalah gila. JIWA KACAU adalah satu penyakit dalam manusia dimana hilangnya daya tumpuan dalam diri seseorang yang menyebabkan keadaan seseorang yang tidak terkawal, emosi bercelaru , keliru, sedih, kesunyian dan sebagainya. Ada pelbagai definisi yang diberikan untuk JIWA KACAU. JIWA KACAU terjadi apabila seseorang manusia menerima tamparan hebat melalui kisah hidup, persekitaran, trauma dan kisah silam. JIWA KACAU boleh diubati dengan belajar untuk menerima segala kenyataan dan menjadikan masa silam sebagai sebahagian dari hidup yang boleh membangkitkan semangat. Dengan belajar untuk memahami diri juga membolehkan manusia untuk sedar akan kelemahan dan kelebihan diri sendiri. JIWA KACAU sering berlaku dalam kalangan remaja berusia 15-21 tahun dan sebahagiannya berlaku dalam kalangan orang dewasa. JIWA KACAU yang berlaku dalam kalangan remaja berlaku apabila sukarnya untuk membuat pilihan dalam hidup mereke. Sifat keremajaan dan pemikiran yang masih mentah yang menguasai segalanya juga menyebabkan segala perkara yang mustahil untuk berlaku. Kementahan juga mendorong remaja untuk mudah terjebak dengan gejala social yang menyebabkan terjadi satu kisah silam dan trauma sehingga mereka meningkat dewasa kelak. Untuk mengatasi masalah JIWA KACAU,adalah lebih baik untuk seseorang remaja untuk mempunyai seorang atau lebih dari seorang kawan yang boleh memahami dan menjadikan mereka sebagai satu tempat untuk berkongsi segala permasalahan dalam hidup. Dengan berkongsi kisah hidup, kita boleh mengenali siapa diri kita melalui pandangan dan kritikan dari orang lain. Untuk megelak daripada mengalami perasaan JIWA KACAU, kita harus cOba untuk mencintai diri sendiri sebelum cOba untuk mencintai orang lain, motivate diri sendiri sebelum kita motivate orang lain, mengenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain, memberi kekuatan kepada diri sendiri sebelum untuk memberi kekuatan dan sokongan kepada orang lain dan akhir sekali ingat lah kepada ORANG LAIN(keluarga dan orang tersayang) sebelum melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Percayalah, segalanya akan sempurna jika semua dapat diatasi dengan baik. Belajar untuk menjadi PERFECT dimana segala perkara kebaikan berlaku untuk diri sendiri dan orang lain. Elakkan melakukan perkara yang mendorong kearah kehancuran yang boleh menghantui setiap masa dan masa depan.Jadikan MASA SILAM sebagai sebuah masa yang akan kita kenang bukan kerna kisah keburukan tetapi kerana kisah kebaikannya.
yah... kacau na juak jiwa ktk ya..
ReplyDeleteselesai kan cepat jiwa ktk nok kacau ya... x lama gik nak test ya.. mbak2 lak bezikir. InsyaAllah, ktk akan dapat control jiwa ktk ya...
ReplyDeletehahaha..tq..insyallah jiwa kmk dah tenang sikit..hahahaha...tq ema and pu3mas...hahahaha
ReplyDelete