Monday, 16 May 2011

MATURITY a.k.a KEMATANGAN

MATURITY”..Maturity merupakan topic pembukaan untuk first blog aku ni..Entahlah..aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak share pasal “maturity” atau kematangan. Kematangan merupakan satu tahap di mana berlakunya perubahan terhadap seseorang remaja di mana berlakunya nya perubahan dari segi cara pemikiran ,tingkahlaku dan fizikal seseorang. Tak sesiapa nak berubah kearah ketuaan dan tak sesiapa nak berkekalan menjadi kebudak-budakan .Tapi, dalam perubahan tu,ada perkara yang kita buat adalah betul.tapi ada yang kita buat kadang-kadang menyakitkan hati orang dan diri sendiri. Adakalanya,maturity ni seolah-olah sebagai satu batu penghalang dalam kehidupan seorang  remaja. Tak semua remaja mengalami proses ini dalam masa yang terdekat tapi tak semua yang mahukannya dan tak semua yang ingin mempercepatkan umur kematangan . Kadang-kadang,terdapat juga remaja yang masih berpewatakan kebudak-budakan. Perwatakan tersebut lahir dari diri mereka sendiri atau pengaruh dari persekitaran. Perwatakan kebudak-budakan ini kadang-kadang berlaku bukan kerna keinginan sendiri tapi perwatakan itu adalah lahir dari diri kita yang mengalami proses perubahan dari kanak-kanak ke remaja. Tak semua yang berpewatakan kebudak-budakan ini  tak matang. Seperti buku juga, tak semua buku yang memiliki cover yang cantik mempunyai isi kandungan yang menarik dan tak semua buku yang memiliki kulit depan buku yang membosankan memiliki isi kandungan yang membosankan. Jadi, janganlah menilai seseorang kerana perwatakan tapi menilailah seseorang itu melalui ilmu,cara pergaulan dan nilai-nilai baik dalam diri mereka. Sedarlah bahawa kita ni hanya manusia yang lemah yang masih mencari kematangan dalam diri kerana kita tak akan selamanya muda.

2 comments:

  1. salam ziarah..
    wah tahniah chaC cha.. dah da blog..hehehe
    rajin ny berblogging eyh..hehehe

    ReplyDelete
  2. yalah tek mas...kadang2 teringin juga nak berblog..kat sini lah kita dapat share banyak benda dengan org,

    ReplyDelete