Monday, 23 May 2011


BIG BOY DONT CRY...
Huh..agak sakit bila kita gagal untuk melakukan sesuatu yang kita inginkan. Rasa sakit yang teramat sangat menguasai diri di setiap masa dan setiap detik. Kadang-kadang, bila difikirkan mungkin adalah takdir kita untuk gagal dalam sesuatu situasi walaupun kita berusaha.Tidak semua yang kita inginkan dalam dunia ini kita boleh kecapi dan tak semua dalam dunia ini kita boleh miliki dan tak semua saat-saat dalam kehidupan kita seharusnya indah semuanya. Bagi aku, pengalaman adalah kertas putih dimana kita harus mewarnai setiap ruang di dalam kertas tersebut dengan cerita- cerita, emosi dan warna-warna untuk dijadikan sebagai sebuah kisah klasik yang indah untuk satu masa nanti dan menjadi rekod sejarah dalam kehidupan kita. Walaupun agak perit,sedih dan pilu apabila menerima kegagalan, namun kita harus tabah untuk mengahadapinya dan menerimanya dengan tenang. Kita harus merasai kegagalan sebelum mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini jika kita berusaha. Seperti juga orang yang bodoh. Mereka juga boleh jadi bijak jika berusaha  dan tidak mustahil bagi itik yang hodoh untuk  berubah menjadi seekor swan yang cantik jika ada keinginan dan berusaha untuk mengubahnya. Percayalah, gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Pintu kejayaan sentiasa terbuka bagi orang yang berusaha. Kegagalan memang sakit untuk diterima dan tidak pernah diinginkan dalam kehidupan seseorang untuk menerima kekalahan dan kekecewaan. Tapi sebagai manusia biasa, kita  harus berusaha untuk mengubah segala kemungkinan. Biarlah kita disebungi dan ditemani sedih buat sementara tapi jangan biarkan kekecewaan dan kesedihan menguasai diri selamanya..berusahalah untuk bangkit.


 Tidak semua orang mampu untuk menerimanya..tidak semua yang berjaya mengatasinya..
 
Tips untuk meredakan kekecewaan. Just do it,  if you want to..:
  • Menangis lah jika anda sedih atau tekanan.Tidak kesahlah, jika anda seorang lelaki mahupun perempuan.Lepasankan segala kekecewaan dengan menangis dan expresskan segalanya dalam pelbagai bentuk atau medium yang boleh meleraikan segala kekecewaan.
  • Lepaskan segalanya dengan melakukan akiviti yang selesa dengan diri sendiri.sebagai contoh, besukan,jogging,berselawat,mandi,bersiar-siar,memandang pemandangan hijau.
  • Beri ruang untuk bersendirian kepada diri untuk memikirkan kesilapan kita/ muhasabah diri.
  • Cari kawan yang anda percaya atau cari seorang pendengar yang setia dan luahkan segalanya supaya lebih selesa.
  •  Percaya dengan diri dan coba perbetulkan kesilapan dengan berusaha atau belajar dari kesilapan.
  •  Percaya kepada diri dan tanamkan azam untuk terus membangun dan berjaya.
  •  Mendengar pendapat dari orang lain dan coba untuk menerima segala pendapat dengan tenang dan mengambil serba sedikit pendapat daripada orang lain sebagai satu pembakar semangat.
  •  Percaya bahawa terdapat ada banyak lagi orang yang gagal dan ingin berusaha seperti kita juga.
  • What past is past...melupakan kisah yang lepas dan bina hidup baru dan kisah baru dan jangan terlalu memikirkan masa silam.Belajar untuk melepaskan masa silam.
  • Melepaskan segala kekecewaan keatas sesuatu yang tidak memberi rangsangan  atau tindak balas.

4 comments:

  1. Bila baca ktk pun pun page tok, buat kmk teringt dgn kegagalan yg kmk pernah dapat.. But apa yg ktk tulis almost is right.. Paling penting adalah u just think positive

    ReplyDelete
  2. @emaniko nang loyal commenter...
    @chacha everything happened have its own silver lining...

    ReplyDelete
  3. tq ema coz sudi tgok blog kmk....
    iratha....tq..hahaa..betul tu...

    ReplyDelete